Orang Yg Mencintai Kamu…
Saturday, April 26th, 2008 Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu
memberikan alas an kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu dihati dan
matanya hanya ada kamu satu-satunya .
Walaupun kamu
sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya
yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya .
Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan
matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat
badan kamu sudah bertambah.
Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selamat
pagi’,’selamat hari minggu’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan
lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-
nya, kerana
dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyata kan dalam
cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat
selain kata cinta itu.
Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia
akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang
dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah
melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan
saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bias
berulang selalu.
Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucap kan, bahkan mungkin kata-kata yang
kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia
menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh
harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti
kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu
kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik
kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu
kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya
da berjaya.
Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu
mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim
SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan
tentang kamu, peduli tentang kamu.
Jika kamu mengatakan
akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung,
dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck ‘ untuk
memberi semangat kepada kamu.
Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya
yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang
itu sangat istimewa.
Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang
bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu
menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu
telah menggegarkan dunianya.
Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan
ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan
sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada
dengan persekitaran yang boleh membawa
pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut
kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’
Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti
menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu
ditengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang
memikirkan kamu.
Orang yang mencintai kamu kadang-kadang
merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala.
Namun ketika kamu mengatakantindakannya itu membuat kamu terganggu dia
akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
Jika
kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar
walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! bahkan dia begitu
gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari
menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi
sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu
walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tah un yang lalu.
Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian
kamu
menjadi benda-benda berharga buatnya.
Dan jika
kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya ,
dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal
itu membunuh hatinya.
Jika suatu saat kamu merindukannya
dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana
sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu
kamu.
Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya
meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan
karenahnya . saat kau pinta dia berlalu,diapergi tanpa menyalahkan
kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada,jangan pernah mensia-siakan orang tersebut…
kamu akan menyesal melakukannya!