Archive for June, 2008

dekwan vs divorces

Sunday, June 22nd, 2008

haloo..

ni aku tetiba rasa cam nak nulih blog.. lagi2 tadi aku chatting ngn member aku time sekolah kat w maju doloo.. nama dier muhammad syafiq suraji..(dier claim ni mintak aku include nama dier lam blog ni).. cakap nyer cakap.. dier ada ajak aku pi reunion 3 khaldun ari ahad ni..(sah2 gila budak tu..aku kat sini nak reunion pekebenda)..
pastu tetiba dier citer pasal si banti2 bambo tu.. banti ni dak kelas kitorang yg sunggoh lawak dan kelakar.. hingus meleleh jer salu kale ijau.. and dayang(a girl in our class) called him cendol.. hahahahaha… lawak siot bila igt2 balek time tu.. time kanak2 meningkat remaja..

then masok la citer yg si banti nyer parents ni da becerai.. aku ni mmg pantang sikit bila citer pasal2 cerai2 ni..
i am never a fan of divorces, breakups or anything of its kind.. ironic, isnt it??

lantak la apa korang nak cakap.. the main point of me blogging this time pasal aku nak ketengahkan(cewah ayat macam lam berita tv3).. nak citer or nak kongsi sket apa pendapat aku pasal divorce2 ni..

aku taktau la samada apa yg aku cakap ni betol ker tak.. tapi kebanyakan family yg becerai berai ni.. derang sumer dari golongan yg kaya2.. working professionals.. those people with bright minds and those whom i am sure are able to think with accordance to logic and rationality..

aku ulang ok.. kebanyakan daripada mereka.. bukan sumer..ada gak family2 kat kg2 yg cerai2 ni..

tapi berbalek kepada kisah keluarga2 yg kaya2 ni.. ianya menjadi satu persoalan kenapa mereka2 ni lebih byk yg becerai2??
aku ada ramai jer kengkawan yg parents derang da becerai..
ada yg dokter la, lawyer la..bisnesman la.. engineers pon sama.. and banti ni paling latest la yg aku tawu..

bila aku fikir balek.. naper org camni lagi ramai yg becerai.. mmg byk benda yg terlintas kat paler aku ni..
tapi sumer tu hanyala pendapat.. tak semestinya betol pon..
antaranya ialah : -

bila derang ni da bekerja, derang kurang spend time together.. kurang ‘bersama’..(faham2 sndiri la).. and lama kelamaan hubungan tu jadi maken renggang.. dan mereka menjadi less appreciative to what they have..that is MARRIAGE..
maybe derang rasa marriage is just another unimportant stuff that they’ve got to deal with.. jgn biar sampai macam ni skali.. hubungan fizikal mmg penting dalam rumahtannga.. mmg tak dinafikan lagi.. if u dont have time, make the time.. kena la besedia untuk berkorban.. aku bagi contoh.. contoh ni pon aku tgk dalam citer vice versa kat tv3 tu.. umi aida tu baru nak bermanja2 ngn laki dier si fahrin tu.. tapi laki dier sebok nak tgk bola lak time tu.. konfem la pompuan tu akan ngajok bila si fahrin buat macam tu.. kadang2 org laki ni tak sedar apa yg dier buat tu boleh melukakan ataupon mengecilkan hati isteri dier.. tu pasal la kita kena sedar salu..
isteri kita memerlukan kita untuk membuatkan dier merasa disayangi, diperlukan dan di lindungi..so klu dgn tak tgk bola, ko leh selamatkan rumahtangga, then why not??

satu lagi punca org profesional lg ramai yg becerai ni aku rasa pasal derang ni rasa derang cukup pandai da la untuk jaga diri sndiri..biasa ar tu.. the pandaier we get, the less we think..
at some point derang rasa macam tak happy ngn rumahtangga dier.. dier rasa macam dier deserve more than what they have.. itu tamak namanya.. dan tak besyukur..
sampai derang sanggup untuk amek keputusan tuk becerai.. no offense, tapi salunya masalah ni org pompuan yg mulakan.. org laki takkan ceraikan bini dier just because he feels he’s not getting enuf from his wife.. we guys wud simply find another woman who are willing to fulfill our needs..

masalah paling susah ialah bila derang takder kepercayaan terhadap pasangan mereka.. sumer benda ragu, sumer tak caya.. ini boleh buat pasangan derang jadi rimas dan uncomfortable..when it comes to this point, mmg la da ibarat retak menanti belah.. when they start to think of marriage as something bothersome in their lives, this is where it all started.. byk punca benda ni boleh berlaku and mmg quite impossible to lari daripada masalah ini.. ramai yg akan merasa macam tu..

tapi sumer ini takkan berlanjutan.. takkan merebak menjadi barah memusnahkan rumahtangga KALAU kita betul2 tahu menilaikan sesebuah rumahtangga/perhubungan..
tanya balek diri kita.. selama ni, kita bahagia ke tak?? adakah kita sanggup untuk kehilangan apa yg kita ada selama ni begitu saja?? bagi aku, perkahwinan itu satu benda yg sungguh la baeknyer.. kalau kita betul2 hargai dan tahu untuk menilai betapa suci dan murni nyer perkahwinan tu.. kita takkan sanggup nak buat anything that will harm it..
kita akan cuba sedaya upaya untuk menjaga nya supaya berkekalan.. whatever it takes..

tapi kalau da mmg taleh nak diselamatkan lagi..itu bukan di tangan kita.. jodoh perpisahan ajal maut di tangan tuhan.. tapi yg penting, kita tahu yg kita dah buat sedaya yg mampu untuk mempertahankan rumahtangga kita..

aku takder byk nak cakap.. cuma before get married.. or before u want to commit to a relationship.. ask urself first.. is she/he the one person that u want to be with for the rest of ur life.. is that one person lying in bed next to u worth all the troubles?? do u love him/her that no disease, no disasters can possibly pull u apart??

love is a many splendid things.. trust me.. it is all worth it..

dont hate me for being jiwang karats.. blame it on greys anatomy, desperate housewives and vice versa..

till next time, adios~~~

paku………

Wednesday, June 18th, 2008

Someone posted this on www.chedet.com.. cam best plak so i decided to put it here..

Ada
seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal
kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu
hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku
sebanyak
37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu,
setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan
juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal
kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya
tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau
sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara
tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia
mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui
tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut
kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara
tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas
memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah
melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang
di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi
seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu
ketika marah,
ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau
boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,
tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu,
namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari
luka fizikal.

"Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan
sentiasa membuka hatinya kepada kita."

Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda….

Itʼs better to be silent & be thought a fool, than to speak & remove all doubt.. -Abraham Lincoln-

Orang akan melupakan apa yang kamu katakan….. .
Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan….. ..
Tetapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka begitu bererti.