bawak kereta dan sesat..
Sunday, December 28th, 2008asalamualaikom sumer..
harini aku nak cakap pasal satu peristiwa aneh yg berlaki kat aku time aku drive.. especially when im driving alone.. satu perkara yg berlaku ialah peristiwa yg berlaku pada malam semalam. aku drive dari pj nak balek ke w maju selepas bermain futsal bersama capdon, pikcah, nize, rahem n zul blur. before balek tu rahem ada bgtau jalan caner nak balek ikot mrr2 yg sengal tu.. lalu aku pon ikot la jalan yg di beri oleh rahem itu..
perkara yg membengangkan berlaku di mana jam yg sgt terok melanda mrr2 pada malam semalam.. pukol 1.30 pagi ok time tu.. rasa cam tak logic jer leh jam tgh2 malam buta.. kat hi way lak tu..
it turned out ada construction kat tepi tu ha.. dari 3 lane mengecik menjadi 2 lane, dan akhirnya satu lane jer.. tu pasal la jam cam haram.. lebih kurang stgh jam gak aku tersangkut.. dan akibat daripada kepenatan bermain futsal dan kebosanan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, aku pon dilanda kemengantokan yang mengancam.. hell mengantok giler da time tu..
setelah melepasi jam itu, aku pon drive dgn konfiden sekali untuk pulang ke wangsa maju. sememangnya jalan yang menuju ke kuantan yang akan menjadi pilihan kerana selama ini mmg jalan itu yang akan membawa aku pulang ke wangsa maju dgn selamatnya..
tapi malang tidak berbau, tidak juga ia berbau hangit ketiak kelly ng selepas marathon 42km.. aku telah ditimpa satu musibah di mana aku telah terlepas simpang ke w maju, dan akibat daripada itu aku telah termasok ke plaza tol untuk ke hi way karak..
dan selepas itu papan2 tanda untuk ke w maju tidak lagi kelihatan, yg ada hanya lah untuk ke KUANTAN(damn you kuantan!!), dan tidak lupa juga genting highlands.. “kasino la aku malam tu” so i thought..
selepas menyedari hakikat itu, aku mula merasa cemas.. dan juga chuak, kechuakan itu meningkat dgn kadar exponentially.. aku mula teriak di dalam kereta memaki hamun diri sendiri akibat terlalu overkonfiden dan kerana memandu dgn terlalu laju mengakibatkan ke’terlepas-simpang’an yg berlaku..
dalam kechuakan aku itu, aku masih sempat melihat2 kiri kanan jalan dan ternampak beberapa kali papan tanda “dilarang menjaja disini” di bahu2 jalan.. dalam hati aku terfikir “ada ke orang menjaja kat tepi2 hi way?”
tapi persoalan itu tidak aku layan dgn begitu lama kerana aku telah dioverwhelmed by anxiety..
setelah lebih kurang 12min memaki dan menjerit2 di dalam kereta, aku pon melalui satu papan tanda yg mengatakan “pusat penguatkuasa jpj 1km”..
perasaan chuak dan cemas mula surut.. dalam hati aku berpendapat, mungkin ada seseorang yg akan boleh membantu aku mencari jalan pulang..
sesungguhnya aku tidak tahu bagaimana untuk membuat u turn bila berada di lebuhraya..
aku pon dengan semberononyer masok ke pusat jpj itu dan mencari2 orang untuk meminta bantuan.. dan selepas itu muncol lah hero, wira satria aku pada malam itu.. seorang brade yg kelihatan sgt melayu dan kekampungan sedang melepak di dalam bilek sambil mendengar lagu2 rock kapak yg aku agak mungkin di putar oleh dj sinar fm..
wira aku tu pon menawarkan diri untuk menunjukkan aku kat mana tempat yg boleh u turn tu.. dan aku pon selamat la pulang ke w maju di akhir cerita..
ni antara lesson2 yg aku belajar daripada peristiwa malam semalam..
- jgn drive laju2
- jgn overkonfiden
- jgn ikot mrr2(takder kaitan)
- kalo nk u turn kat hi way, kena drive slow2 belah kiri pasal simpang tu sgt kecil dan agak ‘invisible’
- tamo da drive sengsorang malam2, kalo nak drive gak, make sure dompet berkepol2 duit dan minyak kereta full
sampai di sini sahaja cerita aku untuk kali ini.. barangkali ada orang yg pernah sesat lagi terok dari aku. so aku rasa tak perlu lah aku merasa terlalu buruk untuk diri sendiri..
tahi berlaku!!(shit happens!!)
okla.. selamat2 sahaja ucapan daku buat kalian2 sekalian..
kemudian~~(later~~)